
Sulit
4 tahun
Terasa kram perut hamil atau tidak?
hello doc. saya 25y.sye dh kwin hampir 1taun. dan saye nak tanye. kenapa saye kram perut 3 kali seperti seguggut ketika haid dan sakit betis dan punggung bile tunduk2 je , dan hampir 2bulan tak haid. apakah hamil atau bukan. cek UPT ngeactive…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang cramp perut dan haid tidak datang.
Untuk makluman anda, gejala sakit perut sebegini boleh disebabkan oleh banyak perkara:
- Jangkitan kuman
- Keradangan usus
- Keradangan otot
- Sista ovari
- Keradangan pelvik
- Endometriosis
Manakala haid tidak datang pula mungkin berlaku dalam situasi berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda masih risau tentang haid tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.