Sulit
2 tahun
Terasa ngilu da kerap mengecut zakar
Last year saya ad nanah di zakar da baik setelah di injection dgn ubat ,lepas tu tahun ni sy ad kencing pedih pon sy da g klinik skrg ad mcm ngilu di hujung zakar sy (dilubang kencing) bila bergesel dgn seluar akan terasa dan kerap mengecut…apakah sy patut amek injection lagy …
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, rasa pedih dan ngilu semasa membuang air kecil dan ketika keluar air mani boleh mempunyai pelbagai puncanya seperti:
- jangkitan saluran kencing
- penularan penyakit seksual
- radang prostat
- batu karang
- kesan sampingan ubat
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.