
Sulit
4 tahun
Terasa panas dlm dr leher ke kepala
assalamualaikum dan salam sejahtera doktor… saya rase dr leher ke kepala panas kat dlm… bile check pakai tangan n suhu normal. cume sy sebelum di ade gastrik gerk sehingga sekarang… sy berpuasa dan dlm pukul 4 perut dan tekak rase panas… mungkin sebab tu ke sy rasa panas dlm bdn…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumsalam dan salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat banyak persoalan yang harus diajukan untuk pihak saya memahami masalah yang anda alami. Masalah badan panas ini adalah sangat subjektif. Namun demam boleh disebabkan oleh masalah seperti yang berikut. Antaranya:
Jangkitan bakteria / virus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.