
Sulit
4 tahun
Terasa sakit di bahagian rahim
Hai. saya seorg isteri berumur 26tahun serta mempunyai 2org anak. sejak kebelakangan ni, saya terasa sakit di bahagian rahim kiri selepas habis datang bulan.sakit seperti menyengat. saya jiga kerap merasa sakit di bahagian tumit kiri.sebelum ni, saya ada cyst tapi telah diubati .

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara yang perlu diperiksa dengan lebih teliti. Antaranya:
- Fibroid dan polip dalam uterus
- Endometriosis
- Penyakit radang pelvis
- Kecederaan pada rahim
Disebabkan anda mempunyai sejarah cyst, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang kesihatan anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!