
Sulit
4 tahun
Terasa sakit tekak hampir seminggu
Hello dokter, sya berumur 22 tahun ingin bertanya. Apakah beza sakit tekak akibat tonsilitis dengan sakit tekak covid19?

5 tahun
Salam sejahtera
Sakit tekak merupakan terma am yang merujuk kesakitan pada bahagian tekak. Ia boleh berpunca daripada pelbagai penyakit termasuklah tonsillitis. Tonsillitis pula merujuk kepada keradangan pada organ bernama tonsil yang juga terletak pada tekak seseorang.
Selaian tonsillitis, sakit tekak boleh juga disebabkan:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Jangkitan pada pharynx
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.