
Sulit
5 tahun
Terasa sesak nafas dan batuk kadang kala terasa pening kepala
Assalammualaikum dan salam sejahtera…
Dalam tempoh seminggu ini saya mengalami kesukaran utk bernafas dan dalam masa yg sama kerap batuk-batuk ketika hendak menarik nafas. Dalam pada itu dirumah saya terdapat alat mengukur tekanan darah saya. Apabila sy cek tekanan darah sy, didapati tahap tekanan adalah 143/88. Pd hari ni sy periksa tekanan darah sy di tahap 132/87 dan pd sebelah mlm 137/88… adakah saya mengalami hipertensi? Berapa bacaan normal bagi seseorang lelaki dan adakah terdapat ubat yang boleh sy dptkan jika betul sy mengalami tekanan darah tinggi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah bacaantekanan darah tinggi yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bacaan normal bagi tekanan darah adalah sistolik 120 dan diastolik 80.
Secara umumnya, kebanyakkan mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi tidak mempunyai sebarang simptom atau gejala walaupun tekanan darah telah mencecah bacaan yang merbahaya. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah individu yang mengalami sakit kepala, sesak nafas atau pendarahan di hidung akibat daripada masalah tersebut. Gejala ini tidak spesifik dan mungkin terdapat hanya pada individu yang tertentu sahaja dan selalunya tidak berlaku selagi tekanan darah tidak mencapai bacaan atau tahap yang teruk.
Oleh yang demikian, batuk merupakan bukan gejala bagi tekanan darah tinggi.
Berbalik kepada soalan anda, mengikut bacaan, tekanan darah anda berada si tahap yang tinggi. Namun begitu, untuk mendiagnos darah tinggi, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Hal ini untuk memastikan tekanan darah anda memang benar-benar tinggi serta untuk mengenalpasti sebab lain yang boleh menyebabkan darah tinggi sebelum kesimpulan primary hypertension dibuat.
Bukan itu sahaja, anda memerlukan nasihat serta preskribsi ubat dari doktor. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.