
Sulit
4 tahun
Terasa sesuatu di tekak
Sy wanita berumur 35 thun dan kini hamil anak ke 5 masalah sy sejak bln 5 iaitu awal kehamilan sy…sy terasa seperti ada sesuatu di tekak…sy sudah ke poliklinik berdekatan dan ujian tiriod negatif…pd bln 7 sy ke hosp n berjumpa pakar tetapi tekak nmpak normal setelah doc masukkan kamera melalui hidung…kini usia kandungan sy sudah masuk 8 bln ttpi keadaan ini masih berlarutan…sy sgt tidak selesa tmbah2 memikirkan xlama lg sy akan bersalin…sy sudah bgtau doc yg merawat sy tp doc ckp tiada apa2 di tekak…sy runsing kerana sy merasa sgt tidak selesa…apa yg perlu sy buat doc…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Mengikut keterangan anda, gejala terasa mempunyai sesuatu di tekak boleh disebabkan oleh berbagai jenis keadaan tubuh, lazimnya termasuk:
- tonsil yang membesar
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat (rasa mual)
- stress otot yang berlebihan (otot esofagus mencengkam)
boleh juga disebabkan oleh:
- jangkitan kuman
- gangguan muskuloskeletal atau saraf
- benda asing di tekak
- mahupun perasaan cemas atau stres semata-mata
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus dari dokor pakar yang sesuai, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami, apatah lagi merekomendasikan rawatan. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.