
Sulit
3 tahun
Terdapat benjolan seperti jerawat atas zakar sy
terdapat benjolan seperti jerawat atas zakar sy
tapi tiada rasa sakit
boleh saya tau adakah normal ataupun ada berkaitan dengan masalah penyakit kelamin ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah benjolan ataupun ketulan pada kemaluan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Kurang penjagaan kebersihan
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
- Alahan kepada bahan pencuci
- Jerawat
Namun begitu, masalah yang disebutkan boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Fordyce spots
- Kista/ Cyst
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.