
Sulit
4 tahun
Terganggu atau tidak kitaran haid makan ubat tambah darah
Hai doktor saya wanita 24 tahun telah dimaklumkan oleh pakar mengatakan saya mengalami tekanan darah rendah. Dan saya telah diberikan ubat nama zincofer haematinic capsul . So soalan saya adakah ubat yang beri itu mengganggu kitran haid saya kerana haid saya tidak datang selama 2bulan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang kesan ubat tersebut. Namun untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan ubat ini adalah:
- loya
- muntah
- sembelit
- cirit
- perut berasa tidak selesa
Oleh itu, tidak perlu bimbang untuk mengambil ubat ini kerana ia tidak memberi kesan yang buruk kepada kitaran haid. Namun, jika terdapat sebarang gejala yang mencurigakan, disarankan untuk anda terus berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.