
Sulit
2 tahun
Terjaga dari tidur dlm keadaan Sesak nafas dan terbatuk2 selepas sedar
Hi Dr. Sy wanita berusia 24 tahun. Sy nak tanya, sejak dua tahun lepas, sy selalu terjaga dari tidur dlm keadaan xboleh bernafas. Namun selepas beberapa saat, sy boleh bernafas dgn normal dgn keadaan terbatuk2. Kebiasaanya terjadi waktu malam. Utk makluman dr, BMI sy normal dan tidak tidur dlm keadaan berdengkur ( tanya adik, sebilik)

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah kesesakan nafas dan terbatuk-batuk selepas sedar. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Anemia
- Penyakit asma
- COPD (masalah paru-paru sempit)
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Anxiety
Memandangkan sesak nafas boleh jadi risiko untuk sesuatu keadaan yang merbahaya, maka digalakkan untuk segera berubat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.