Anonymous
4 tahun
Terlalu banyak keputihan selepas hubungan seks
Hai doctor. Saya perempuan berusia 30 tahun. Kali terakhir saya melakukan seks ialah 3 bulan yg lalu (kali pertama). Selepas seminggu melakukannya, saya dapati keputihan saya terlalu banyak dan berwarna kuning. Tetapi saya tidak pergi berjumpa doctor kerana saya fikirkan kemaluan sedang menyingkirkan cecair yg tidak diperlukan. Kemudian selepas sebulan, saya mengalami demam. Saya pergi berjumpa doctor atas sebab demam dan minta ubat kurangkan keputihan, sejenis antibiotic. Keputihan beransur kurang. Dan sekarang selepas habis ubat itu, keputihan saya kembali keluar seperti sebelum ini. Tetapi tidak banyak cuma warna yg sama.
Apakah gejala ini doctor? Adakah normal keputihan akan keluar dgn banyak selepas berhubungan?
Terima kasih doctor.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah keputihan berlarutan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj terutama selepas pengambilan antibiotik
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Sekiranya puan pernah mengalaminya sebelum ini dengan tiada simptom atau kesan serius, ia mungkin normal tetapi jika ini pertama kali berlaku pada puan, ia harus dikenalpasti untuk mengetahui punca sebenarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.