
nuraidahm.ariff
4 tahun
Termakan ubat batuk terlebih dos
Anak st berumur 23 bulan berat 13kg termakan ubat batuk abangnya. Saya rasa dia termakan dalam 5ml. Apa patut saya buat?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, terdapat maklumat yang kami perlukan untuk menjawab persoalan anda. Perkara ini bergantung pada jenis ubat yang spesifik dan keadaan anak anda sekarang.
Walaubagaimanpun, jika anda mendapati anak anda mengalami tanda tanda seperti sesak nafas, terdapat ruam, bibir bengkak, bernafas dengan berbunyi, anda disarankan untuk membawanya ke klinik dengan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.