
Sulit
5 tahun
Terpancut sebaik saja menusuk faraj isteri
Assalam… Sy serinf mengalami pancut sebaik saja menusuk ke dalam faraj isteri saya… Pabila sy nak main utk kali kedua, zakar sy sukar untuk mengeras semula… Apa yg harus sy lakukan…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, masih terdapat kebarangkalian untuk hamil walaupun pada ejakulasi kedua.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah ejakulasi pramatang. Untuk makluman pihak anda, masalah Ejakulasi pramatang boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi (Panik/Kemurungan)
- Gaya hidup tidak aktif/merokok/obesity
- Masalah kesihatan yang menyebabkan kerosakan pada organ reproduksi, sistem saraf, atau masalah sistemik secara am( kencing manis).
- Masalah tahap serotonin yang rendah.
Terdapat beberapa cara encik boleh lakukan untuk mencuba merawat ejakulasi pramatang seperti:
- Mengurangkan kekerapan masturbasi.
- Tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana ini akan menyebabkan encik panik dan kitaran ini akan berterusan.
- Mencuba untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Terdapat beberapa ubat seperti ubat SSRI atau anxiolytic yang boleh mengurangkan perasaan cemas dan panik ketika encik melakukan hubungan intim. Terdapat juga beberapa terapi yang berkesan untuk merawat ejakulasi pramatang.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih