
Sulit
4 tahun
Tersedak sewsktu makan
Saya wanita berusia 49tahun. Saya tersedak sewsktu mengunyah cili goreng Dan says tidak berhenti makan. Selepas 2 Hari saya masih rasa seperti hendak batuk seperti masih Ada sesuatu didalam saluran pernafasan saya. Apa yang saya perlu lakukan utk hilangkn batuk ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit tekak atau batuk yang berpanjangan boleh disebabkan:
- Asid refluks
- Radang esofagitis
- Jangkitan bakteria/virus
- Ketumbuhan dalam tekak
- Jangkitan tonsil
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.