
Sulit
4 tahun
Tes kehamilan warna putih
Salam dok. Saya mau tanya kalau tes kehamilan tapi ada garis 2 dok tapi kontrol mmg warna merah tapi yg tes warna putih… Apakah itu positf atau macam mana…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai ujian kehamilan. Untuk makluman anda, secara umum ujian kehamilan yang positif akan memberikan hasil “double line” dimana ada dua garis. Ujian UPT menggunakan hormon hCG dimana jika terdapat hormon tersebut memberi gambaran yang anda sedang hamil. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja ujian UPT apabila lewat haid dan disebabkan perubahan jumlah hormon tersebut di dalam badan, ia mengakibatkan sesetengah ujian kabur dan terang berbeza mengikut hari dan individu. Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
Anda disarankan untuk melakukan beberapa kaedah di bawah untuk memastikan kualiti kit ujian kehamilan.
- Ulang ujian kehamilan selepas dua minggu untuk memastikan konsistensi mendapat keputusan yang tepat.
- Pastikan air kencing yang digunakan untuk menguji adalah sampel yang pertama pada waktu pagi.
- Memastikan kit ujian kehamilan yang digunakan belum tamat tempoh penggunaan dan masih boleh digunakan.
- Ujian kehamilan harus disimpan di tempat yang sesuai seperti dalam almari dan tidak terdedah kepada cahaya matahari.
- Semasa pembelian kit ujian kehamilan, anda dikehendaki menyemak kadar sensitiviti yang tertera agar pengguna mendapat keputusan yang tepat.
- Keputusan ujian kehamilan harus segera dibaca dalam tempoh 5 minit dan tidak lebih setelah sampel air kencing diambil kerana bimbang akan mendatangkan keputusan yang tidak tepat jika dibiarkan begitu lama.
- Melawat doktor sakit puan untuk mendapatkan pemeriksaan ‘ultrasound’ atau rawatan lain untuk mendapatkan kepastian.
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi .
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih.