
Sulit
3 tahun
Test antigen guna air liur plus darah positif covid
Saya seorang lelaki berusia 42 tahun…pada 29/8/2021 saya telah menerima vaksin sinovac…setelah seminggu saya mengalami sakit dada,keletihan .di bahagian hidung jadi tersumbat Dan sakit yg teramat di kepala…setelah itu saya mengunakan test kit covid antigen …saya guna kan air liur didapati air liur itu ada bercampur darah…Dan hasilnya naik 2 line Dan positif…adakah kesan darah itu menyebabhkan ianya positif…saya buntu Dan was was…

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda telah mengambil kit ujan Covid-19 kendiri apabila mengalami gejala sakit dada, keletihan, hidung tersumbat dan sakit kepala. Keputusan ujian tersebut adalah positif, tetapi anda risau jika darah dalam air liur boleh menyebabkan ‘false-positive’. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pencampuran darah dalam air liur boleh menyebabkan ‘false-positive’ ujian tersebut. Namun, memandangkan anda mengalami gejala yang sinonim dengan tanda-tanda jangkitan Coronavirus, kami menyarankan anda untuk mengambil ujian Covid-19 untuk mengetahui status anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh merujuk perkara ini kepada doktor. Anda juga boleh mendapatkan pandangan doktor kami secara atas talian sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.