
thieyarabiee93
5 tahun
Test pack mula test negetive ,,lepas 6 hari deley haid test pack positive kabur
dok ,sya wanita berumur 27 tahun ,nak tnya apakah darah implantasi itu harus ada kah klau kita benar hamil ?haritu sya test urine lewat haid 2 hari negetive terang tetapi hari ini petang test pack ade naik 2 line tetapi kabur adakha sya ni hamil atau tak dok

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, darah implantasi ini adalah pendarahan yang sedikit selepas sperma daripada lelaki ini bergabung dengan telur wanita, seterusnya akan menjadi kantung yang melekat pada dinding rahim.
Perbezaan ini boleh disebabkan oleh teknik penggunaan ujian kehamilan anda yang salah. Anda boleh membaca teknik ujian kehamilan yang betul di link ini. Anda juga boleh pergi ke mana-mana klinik untuk mendapatkan ujian kehamilan yang lebih berprofessional atau scan yang boleh melihat sama ada terdapatnya kantung dalam rahim.
Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.