
Sulit
3 tahun
Test upt bertukar tukar , tolong bagi penerangan boleh?
saya umur 20 tahun . Minggu lepas saya ada buat dua kali test upt dan result first tu saya biar lama baru perasaan samar samar double line ( selepas beberapa hari ) dan second test tu pulak satu line . sejak sejak ni jantung saya berdebar laju , buat kerja sikit macam tengah berlari je laju dia . Loya je tapi tak muntah muntah . Lepastu saya tak puas hati saya check tadi . Yang first tu double line tapi samar samar memang jelas sangat dan lepas 2/3 jam saya test lagi satu line pulak . kenapa ya ? sayaa mengandung atau tidak ? saya confuse dah hm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
UPT ialah ujian kehamilan yang senang digunakan sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Ketepatannya adalah 99%. Biasanya, ujian ini digunakan selepas haid lewat selama seminggu.
Caranya, kumpulkan air kencing ke dalam bekas bersih dan celupkan separuh daripada pad penyerap selama sekurang-kurangnya 10 saat.
Pastikan sampel yang mencukupi dikumpulkan oleh alat ujian.
Letakkan alat ujian itu di permukaan yang bersih dan rata.
Tunggu 5 minit sehingga ujian selesai diproses dan baru check keputusan.
Jika anda memeriksa keputusan ujian itu sebelum 5 minit atau ditinggalkan terlalu lama, keputusan yang ditunjukkan akan kurang tepat, ia akan jadi false negatif ataupun false positif.
Tanda-tanda kehamilan adalah seperti haid terlewat datang, buah dada tambah size atau rasa sakit, meningkatkan selera makan, loya, kerap membuang air kecil, letih dan kulit perut berubahan. Loya dan berdebah-debah juga boleh disebabkan oleh perkara lain dan tidak spesifik untuk kehamilan. Ujian UPT juga boleh menunjukkan keputusan positif disebabkan oleh faktor-faktor lain, seperti:
- Penggunaan ubat hormon
- Masalah tiroid
- Kehamilan ektopik
- Kerosakan alat ujian atau cara penggunaan yang salah
- Masalah kesihatan seperti sista ovari, masalah buah pinggang atau masalah pituitari
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya ujian tambahan dapat dijalankan untuk mengesahkan kehamilan anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar sakit puan