
Anonymous
5 tahun
Test upt double line,selang 2hari test upt tetapi hanya 1line
Hii,sy wanita berumur 28thn . Baru2 ni sy ada test upt menunjukkan double line,tapi pagi td sy test tp hanya 1line sahaja . Adakah sy hamil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mendeteksi kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.