Sulit
5 tahun
Test urine pregnant berubah-ubah
Saya sudah buat sebanyak 5 Kali
1- positive
2-positive
3-postive
4-negatif
5-positive
Boleh Saya tahu kenapanya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu hasil ujian kehamilan yang berubah-ubah. Untuk makluman anda, kepelbagaian hasil UPT tersebut boleh terjadi akibat konsentrasi air kencing yang berubah-ubah ataupun akibat daripada kadar hormon beta hCG yang masih terlalu sedikit. Memandangkan kebanyakan hasil ujian yang anda lakukan adalah positif, maka kemungkinan besar ujian seterusnya akan mendapatkan hasil positif oleh kerana kadar konsentrasi hormon beta hCG akan meningkat selari dengan usia kehamilan. Tidak kurang juga, hasil yang negatif dapat berpunca daripada ralat yang berlaku seperti alat ujian yang rosak atau cara penggunaan yang salah.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih





























