
kaniammah
4 tahun
Test +ve tapi sakit mcm period ,start period
I kawin 9thn tk ada rezeki.2x gugur.i punya period normal tapi ada fibroid.20/2 i period mcm biasa tapi 20/3 i tk dtg period 22hb i start spotting smp 25hb tak ada sakit.25hb i start sakit mcm period tapi mlm i test upt +ve tapi i sakit banyak start period dgn mcm jel.tapi tk ada penuh pad.sakit pun sekejap ada dan lepas turun.i masih keliru i betul2 hamil atau upt salah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT)adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Bagaimanapun, sekiranya kandungan masih di awal usia kehamilan, biasanya hasil alat uji agak kabur. Silakan lihat link ini untuk panduan menggunakan alat uji kehamilan. Justeru, anda boleh langsung melakukan pemeriksaan scan di klinik untuk melihat perkembangan kandungan anda.
Bagaimanapun, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) dalam bentuk spotting boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Namun, apabila perdarahan yang terjadi adalah agak lewat daripada 2 minggu dan lebih banyak, ia boleh terdiri atas:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.