
Sulit
4 tahun
Testis berat belah kanan dan berasak senak semalam
Saya lelaki berumur 20 tahun…mempunyai masalah testis kanan besar…dan mula rasa senak sedikit…bila pgg macam ada benda lain🤧 boleh tahu apa benda tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Testicular torsion
- Inguinal hernia
- Epididymitis
- Orchitis
- Penyakit bawaan seksual ( Sexually transmitted disease )
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, saya nasihatkan anda untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah