
anonymouz
5 tahun
Testis mengecil jika sakit
Saya lelaki berumur 20 tahun ingin bertanya bahawa testis akan mengecil atau mengecut jika testis mengalami kesakitan. Adakah testis akan mengecil atau mengecut jika mengalami kesakitan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit testis atau buah zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- testicular torsion - buah zakar berbelit
- epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Merujuk kepada kes anda, seandainya anda sering berasa sakit di testis, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi dan pemeriksaan doktor untuk diberikan rawatan lanjut. Hal ini kerana testis adalah tempat sperma diproduksi dan masalah di daerah ini dapat mempengaruhi kesuburan anda di masa hadapan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.