
Sulit
5 tahun
Testis sebelah kanan bengkak
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Testis sebelah kanan membengkak dan ianya rasa sungguh nyeri hingga terasa sakit di bahagian bawah pusat. Apakah penyakit ni and apakah solution for that ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah testis bengkak yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- varicocle (saluran darah vena bengkak)
- testicular torsion (saluran di buah zakar terbelit)
- epididymitis (jangkitan kuman pada buah zakar)
Merujuk kepada keraguan anda, semua testikel berbeza antara lelaki, malah testikel di sebelah kiri juga boleh berbeza dari sebelah kanan dari segi saiznya. Anda harus kenal pasti kelainan pada testikel sendiri berbanding sebelumnya sama ada terdapat ketulan atau saiz semakin besar.
Bagi gejala kanser testikal pula ia termasuk:
- Terasa berat dalam testis, kadang kala sakit
- Ada ketulan di testis
- Rasa tekanan pada testis
Saya menyarankan anda untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital. Hal ini kerana, sebarang penyakit yang dihadapi boleh dirawat dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapn ini ialah keterangan am. Terima kasih