Sulit
4 tahun
Testis tidak turun 1 ade 1 X ade
Saya umur 23 Tahun. Masalah saya testis tak Turun… Saya dapat merasakan testis tersebut ade Di pangkal zakar… satu lagi memang ade ditempt yg Sepatutnya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, bagi mendapatkan pemeriksaan yang lebih mendalam anda perrlu berjumpa dengan pakar urologist yang mempunyai kepakaran dalam kesuburan lelaki atau doktor pakar endokrin yang mempunyai kepakaran dalam kesuburan lelaki.
Anda boleh mendapatkan temu janji di hospital kerajaan ataupun hospital swasta. Namun untuk berjumpa dengan doktor pakar anda memerlukan surat rujukan yang anda boleh dapat di mana-mana klinik.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































