
Sulit
5 tahun
Tiada datang bulan hampir setahun
Saya wanita dalam lingkungan 20an. Tidak mengandung dan tidak sexually active, tidak mengambil sebarang jamu. Saya mengalami masalah tidak datang haid. First haid masa umur 16/17 tahun dan haid tidak teratur. Haid terakhir saya pada tahun lepas bulan 8 hingga sekarang tidak datang bulan. Saya tidak pernah mendapatkan rawatan tentang masalah ini. Adakah perkara begini juga terjadi pada org lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kedatangan haid yang lambat berlaku akibat pelbagai sebab selain daripada kehamilan.
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.