
Sulit
4 tahun
Tiada denyutan jantung dan bleeding
sy wanita 25thun…berkahwin 2 tahun lebih alhamdulillah sy mngndung skrng… usia kndugn 7 week sy scan swasta baby,kantung n denyutan jantung jelas kelihatan… sy buka buku 10 week di KK doc scan baby ade, kantung ade tpi dnyutan x d… terus refer hsptal jwpn sme…sy diberi tmpoh 2 mnggu utk dtg smula smsa kndgn usia 11 week sy bleeding 3 hari berturut dn trus ke hsptal…doc check bukaan jln msih tiada n scan baby n kantung msih dlm keadaan baik namum dnyutn jntung tetap x ade… sy diberi tmpoh lagi 2 mnggu utk tunggu… next appoinment pde kndgn 14 week… skrng sy msih lagi bleeding ibrat sedang period n sy konfius keadaan kndungn sy… blh doc jelaskn

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dengan khabar berita perihal kondisi janin dan denyutan jantungnya. Diharapkan puan sekeluarga tetap tabah dan terus bersemangat dalam mengharungi ujian tersebut. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan & suami.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Perdarahan rahim yang tidak teratur ketika bersalon atau haid merupakan salah satu tanda berkemungkinan tidak lagi berlaku suatu kehamilan, namun berdasarkan jalan cerita anda ia juga boleh menjadi salah satu tanda seperti:
- jangkitan kelamin sewaktu kehamilan
- gangguan pendarahan tubuh
- penyakit yang memerlukan rawatan susulan (i.e. PCOS, fibroid, dll.)
- penebalan atau polip pada lapisan rahim
- mahupun tanda-tanda proses keguguran tahap awal
Namun, diharapkan puan dan suami tidak terlalu berfikiran negatif kerana informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah disampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar puan turut mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat atau menunggu temu janji yang akan datang.
Sementara itu, anda disarankan perbanyakkan berehat, kurangkan aktiviti harian melainkan yang mustahak, jangan lupa makan dan minum, sentiasa berfikiran positif namun perlu berpaksikan realiti dan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan kandungan anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah