
nurafifahsazali
4 tahun
Tiada deria bau dan rasa lebih dari 3 hari
saya wanita berumur 20 tahun. saya telah membuat ujian swab test dan result adalah negative. tetapi hidung rasa tidak dapat berbau apa pun termasuk minyak wangi yg berbau kuat dan ketika bernafas hidung saya berasa sakit dibahagian tulang hidung sblah kanan dan ketika makan juga saya tidak dapat merasakan apa pun. adakah ini merupakan symptom Covid-19 walaupun keputusan negative atau pun masalah lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, kebanyakan pesakit COVID-19 melaporkan gejala hilangnya deria bau. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Kadangkala, RTK antigen test ini akan mengeluarkan keputusan negatif palsu dimana pesakit tersebut mempunyai sampel yang tidak sah tetapi mengalami simptom-simptom jangkitan COVID-19. Oleh itu sekiranya situasi tersebut berlaku, sampel tersebut akan diuji semula menggunakan RT-PCR bagi mengesahkan keputusan negatif tersebut. Namun, saya juga tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyebabkan masalah deria bau, termasuk:
- Alahan hidung
- Polip hidung
- Jangkitan kuman- resdung, brain abscess
- kecederaan pada hidung- patah tulang
- ketumbuhan pada hidung/otak
- Lain-lain- masalah endokrin, kesan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC )
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini