Sulit
5 tahun
Tiada gejala selepas 14 hari kuarantin tapi positif
Saya wanita berumur 34 thn. Saya nak tanya, apa yang akan berlaku sekiranya pesakit yang baru balik dari oversea & sudah tamat tempoh kuarantin selama 14 hari tetapi dirinya positif covid 19 dan tiada gejala dalam tempoh kuarantin itu. Apabila tiada gejala sudah tentu dia tidak akan pergi ke hospital untuk buat saringan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda berkait rapat dengan wabak COVID-19.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, apabila pesakit disahkan positif walaupun tiada gejala, dia harus hadir ke hospital untuk dikuarantin. Maka, tindakannya yang duduk dirumah jika positif amat bahaya. Setibanya di hospital, dia hendaklaj memakai topeng muka, teruk ke bahagian isolasi. Maklumkan bahawa dia disahkan posititf. Hal ini kerana rawatan diperlukan sehingga bacaan keputusan ujin negatif 2 kali selama 48 jam.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































