
Sulit
4 tahun
Tiada masalah kesihatan yang berkaitan dengan covid
salam sejahtera doctor . saya ingin bertanya , saya ada pergi ke eco warta lama pada 6/12 (ahad) . dan selepas 3 hari iaitu pada 9/12 (rabu) diberitahu bahawa tempat itu ada pekerja yang postif covid-19 . adakah saya perlu membuat swab test ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk memantau gejala anda dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala-gejala ini dan keadaan semakin parah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Kami tidak dapat memberikan kata putus sama ada anda perlu membuat ujian swab kerana anda tidak mempunyai kontak rapat bersama pesakit positif COVID-19.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Sila hubungi klinik atau hospital yang terdekat sekiranya terdapat gejala seperti yang berikut:
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan melebihi waktu kuarantin
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan ujian saringan COVID-19, sila klik link (Screening COVID). Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini