
Anonymous
5 tahun
Tiada nafsu bersama suami
Saya wanita berusia 35 tahun. Saya dah berkahwin hampir 7 tahun dan masih belum dikurniakan anak. Saya ada masalah untuk bersama suami. Adakah ubat yang boleh merangsang saya atau apa cadangan doc utk mengatasi masalah saya ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kurangnya nafsu-
Kehamilan dan ibu menyusu
Menopause
Tekanan Hidup(stress)
Merokok, minum alkohol
Masalah kelamin
Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk membincangkan tentang punca tiada nafsu anda dan apakah rawatan yang sesuai sekiranya perlu. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.