
Sulit
5 tahun
Tiada nafsu seks dengan suami
Saya wanita yg telah berkahwin dan bekerjaya berumur 39 tahun serta mempunyai 5 orang anak.Masalah saya tiada nafsu untuk bersama suami untuk hubungan seks dan sekarang sedang menjaga bapa strok dan ibu asthma.Saya kurang berminat.Apakah punca masalah ini.Adakah kerana diambang wanita umur 40 siri.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kurang nafsu untuk melakukan hubungan seksual boleh disebabkan:
- Stres atau masalah depresi
- Kurang hormon seperti estrogen atau testosteron
- Sindrom menapaus awal
Bagi mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti masalah kesihatan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.