
amiranadiaayob
5 tahun
Tiada rasa nak buang air besar
Hi doktor, is it normal if kita tiada rasa nak buang air besar? Kadang kadang sampai seminggu dan terpaksa makan ubat sembelit. Even makan buah everyday pun still tk rasa nak buang air besar. Please advise.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, frekuensi buang air besar orang ewasa yang normal adalah setiap 3 hingga 4 kali seminggu. Pada keadaan susah buang air besar ataupun sembelit, ia boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pemakanan serat rendah dan najis berkaliber yang lebih kecil menyebabkan seseorang mengalami ketegangan ketika mengalami membuang najis, meningkatkan tekanan di dalam pembuluh darah.
- Pengambilan cecair yang tidak cukup
- Kehamilan dikaitkan dengan pembengkakan buasir dan mungkin disebabkan oleh tekanan rahim pada rektum dan dubur.
- Perubahan hormon dengan kehamilan boleh melemahkan otot yang menyokong rektum dan dubur.
- Duduk berpanjangan di tandas boleh meningkatkan tekanan di dalam saluran darah buasir
- Obesiti
- Kanser kolon
- Pembedahan rektum sebelum ini
- Kecederaan tulang belakang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.