
Sulit
4 tahun
Tiada selera makannnnnn
Hai, saya nak tanya kepada Dr, bulan 10 saya mengalami cirit birit selama 6hari berturut2. Hari ke7 ,sy ada 3ulser dalam mulut, mungkin disebabkan dehydration. So, beberapa hari lepas dh okay cirit birit, saya struggle minum air masak yg mncukupi. Since diarrhea, saya dah hilang selera makan. About 3days saya tak makan makanan berat, then saya consume vitC daripada farmasi, and saya dh ada selera makan. But after that, perut saya selalu pedih. Samada time makan or tak makan. Rasa mcm pedih. Pedih yang bukan mcm lapar. Tp like pedih original. Tak pandai nak explain haha sampai la sekarang, saya alami benda yang sama. And lately, saya dah start hilang selera makan balik. And kalau saya makan pun, dua atau tiga suap, perut saya dh kenyang and sendat. But after 5mins mcm tu, mesti rasa pedih. Btw saya tak pernah ada history pasal gastritis. So, soalan saya apa yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah kurang selera makan selepas masalah cirit birit anda. Terdapat pelbagai faktor mengapa seseorang boleh hilang selera makan:
- Jangkitan usus atau keracunan makanan; faktor ini adalah faktor yang selalu ditemui disebabkan kelesuan akan menyebabkan seseorang kekurangan tenaga untuk bergerak termasuk makan
- Ulser gastrik atau perut
- Kanser usus
- Kanser perut
- Penyakit Crohn ataupun ulcerative colitis
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya pucna sebenar dapat diketahui dan anda mendapat rawatan yang sesuai.
Sila berjumpa dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala atau tanda seperti yang disebutkan:
- Najis bercampur darah (hitam ataupun darah baru)
- Muntah atau kahak bercampur darah
- Penurunan berat badan
- Kelesuan
- Masih hilang selera makan
- Sakit dada dan berdebar
- Pening kepala
- Gejala yang anda alami mengganggu aktiviti harian
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda kami jaga. Terima kasih.