
Sulit
3 tahun
Tiada sperma dalam air mani
saya lelaki usia 37 tahun…saya buat cek up untuk sperma saya tapi keadaan sperma saya tiada dalam air mani macam mana

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah ketiadaan sperma. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ketiadaan sperma ataupun azoospermia boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- saluran mengeluarkan air mani tersumbat
- penyakit genetik keturunan seperti Klinefelter’s syndrome
- kecederaan lama terutamanya kepada testis
- jangkitan kuman pada kemaluan
- ejakulasi terkebelakang (retrogade ejaculation)
Pilihan rawatan adalah bergantung kepada penyebab ketiadaan sperma seperti sebab-sebab di atas. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.