
Sulit
4 tahun
Tiada tanda darang haid
Saya remaja bermur 19 tahun. Baru2 ini saya melakukan hubungan bersama teman lelaki 2 hari selepas habis haid tanpa memakai perlindungan tetapi teman lelaki saya mengeluarkan air mani dekat luar tanpa tembak dalam. Pada kalendar haid saya sepatutnya harini saya datang haid 4/12 namun masih belum ada tanda2 saya datang haid. Haid saya juga tidak teratur sejak 4 bulan yg lalu namun kitaran haid masih normal iaitu antara 24-35 hari. Adakah saya berisiko utk hamil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak datang haid. Untuk pengetahuan anda, selain kehamilan, gejala ini dapat terjadi disebabkan oleh beberap faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan.
Berdasarkan pertanyaan anda mengenai risiko kehamilan, kehamilan hanya boleh berlaku sekiranya air mani dilepaskan di dalam faraj wanita. Sebagai tambahan, anda digalakkan untuk menggunakan perlindungan iaitu kondom semasa melakukan hubungan seks untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang dan jangkitan kelamin. Namun jika anda masih ragu-ragu, anda boleh melakukan ujian kehamilan setelah 7-14 hari tidak datang haid untuk kepastian.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!