
wanasafina
5 tahun
Tiba tiba keluar darah
sy wanita dalam 23 thun …sy bingung kenapa…sy dh dua kli kena mcmni…lst period bln 11/6 pstu sbln lbih tk period sy cek upt positif…tahutahu 19/7 sy kluar drh seakan period smpi 27/7 sy cek blik upt lps hbis drh …hsilnya ngtve… dn jd blik dri 27/7 tu sy tk period smpi bln 9 …sy cek upt hujung bln 8 postif doktor …tp knpa sy tbatba kluar drh smlm…dlm sy tk kluar drh tu sy pning…rse nk muntah…tkde slera mkn…knpe ye …prgnt ke tk sbnrnya ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Bagaimanapun, sekiranya kandungan masih di awal usia kehamilan, biasanya hasil alat uji agak kabur. Justeru, anda boleh langsung melakukan pemeriksaan scan di klinik untuk melihat perkembangan kandungan anda.
Seandainya terdapat keraguan tambahan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.