
Sulit
4 tahun
Tiba tiba tidak mengalami haid
Sebelum ini saya mengalami kitaran haid secara normal dan mengikut waktu , namun begitu saya telah lewat 5 hari untuk mengalami haid daripada tarikh yang biasa, pada 6/1 iaitu 1 hari sebelum tarikh sepatutnya haid, pasangan saya telah meletakkan zakarnya di sekitar bahagian bibir faraj saya tanpa mengeluarkan air mani , dan sejak dari hari tersebut , saya tidak mengalami haid, Adakah Saya berkemungkinan hamil atau mempunyai sebab lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham situasi yang anda hadapi pada masa ini. Untuk makluman anda, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh alirannya pula adalah antara 2 hingga 7 hari.
Berikut merupakan antara sebab mengapa seseorang mengalami masalah haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian dan hal ini memerlukan pemeriksaan lanjut daripada doktor.
Anda juga dinasihatkan untuk merekod kitaran dan aliran haid anda di dalam diari ataupun aplikasi telefon pintar supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor.
Jika anda mempunyai soalan lanjutk, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.