
Sulit
4 tahun
Tiba2 sakit dada sebelah kanan
Salam doctor, saya remaja18 tahun.doctor saya nak tanya penyebabnya tiba-tiba dada sebelah kanan sehingga menyebabkan mata saya menjadi kabur & sakit ketika menarik dan menghembus nafas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai sakit dada sebelah kanan disertai mata menjadi kabur. Simptom-simptom yang anda alami mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan sakit dada sebelah kanan ketika bernafas iaitu:
- Masalah jantung seperti atrial fibrillation, penyakit koronari akut, keradangan jantung (pericarditis/myocarditis) dan sekatan aorta (Aortic stenosis)
- Masalah paru-paru seperti penyakit embolisma paru-paru (Pulmonary embolism), Paru-paru berair, jangkitan kuman (pneumonia), keradangan membren paru-paru (pleurisy) atau pun TB (tuberculosis)
- Masalah darah tinggi
- Sarkodoisis
- Sindrom tulang paru-paru (Thoracic outlet syndrome)
- Masalah pengsarafan ataupun tulang belakang
Bagi masalah penglihatan kabur, ia boleh disebabkan oleh :
- Masalah tekanan darah yang tinggi
- Strok
- Masalah jantung
- Masalah keradangan saraf mata
- Ketumbuhan pada kelenjar pituitari
- Ketumbuhan pada otak atau kanser
- Kurang air dalam badan
- Masalah mata seperti penyakit keradangan, glaucoma ataupun jangkitan kuman.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda bagi mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat serta menjalani ujian dan siasatan kesihatan bagi mendapatkan rawatan yang sesuai untuk masalah anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.