
hananonoi1997
5 tahun
Tidaj datang haid. Adakah cyst?
Saya wanita 20-an, bulan ni dah masuk 9 bulan saya tidak datang haid dan saya perasan bahawa perut saya makin buncit dan ada ketulan ditengah2 perut… Akan tetapi, ketulan tu selalu bergerak2… Adakah ia cyst?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca haid lewat atau tidak datang haid, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Pertama sekali, anda disarankan untuk melakukan ujian kehamilan, tidak kira sama adan keputusan anda positif atau tidak, sila rujuk kepada doktor untuk mengetahui status kehamilan atau penyebab haid lewat anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.