
Sulit
4 tahun
Tidak boleh bernafas
Anak saya umur dalam 5 tahun mengalami masalah pernafasan.masalah kurang boleh bernafas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah anak anda. Perkara ini perlu diambil perhatian dan anda perlu segera membawanya berjumpa dengan doktor untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Berikut merupakan antara sebab-sebab mengapa anak anda mengalami masalah sedemikian:
- Serangan asma
- Reaksi alahan
- Anafilaksis (anaphylaxis)
- Bendasing dalam saluran pernafasan
- Jangkitan saluran pernafasan
- Radang tonsil
- Radan faring
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan kami secara umum. Sila bawanya berjumpa dengan doktor dengan kadar segera sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.