
abu
2 tahun
Tidak datang akil baligh
Saya remaja lelaki 14 tahun dan saya hairan kenapa saya tidak datang akil Baligh sedangkan saya menggunakan bermacam Kaedah untuk datang baligh…saya nak Tanya doktor apakah langkah yg perlu lakukan Jika saya tidak baligh…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
kebiasaannya lelaki akan mula akil baligh antara 9 ke 16 tahun dan petanda akil baligh termasuklah
- ketinggian dan tumbesaran bertambah mendadak
- suara menjadi gurau
- tumbuh bulu badan di kawawsan ketiak, kaki dan ari-ari
- mula mengeluarkan air mani yang pertama sama ada melalui mimpi basah
namun terdapat beberapa sebab lambat baligh seperti
- genetik dan keturunan
- ketidakstabilan hormon
- pemakanan tidak berzat
- penyakit seperti Kallman’s syndrome (jarang)
Pada umur 14 tahun, anda tidak perlu risau berlebihan berkenaan hal ini namun sekiranya anda masih musykil, maklumat lanjut tentang anda adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih**