
Sulit
4 tahun
Tidak datang bulan sudah 45 hari
Saya wanita sudah berkahwin,sebelum ni period teratur 30, nak tahu sama ada saya mengandung atau tidak? Bila waktu sesuai nak cek upt ya doktor. Atau saya terus pergi ke klinik shj untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid yang tidak datang.
Untuk makluman anda, haid yang lewat atau tidak datang adalah hanya satu tanda awal mengandung. Namun begitu terdapat banyak lagi sebab lain yang boleh menjadikan masalah ini berlaku, antaranya:
- Tekanan emosi
- Kehilangan berat badan
- Terlampau banyak bersenam
- Menggunakan pil kontraseptif atau pil perancang
- Menopaus
- Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)
Haid boleh juga lewat sebagai kesan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes yang tidak terkawal, masalah kelenjar tiroid dan menopaus yang terlalu awal.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Anda boleh mencuba urine pregnancy test apabila anda lambat haid lebih daripada seminggu ataupun lebih.
Anda risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.