hanifarah915
6 tahun
Tidak datang haid 3 bulan
Saya berumur 14 tahun tapi haid saya tidak teratur. Saya tidak datang selama 3 bulan atau kurang. Kemaluan saya juga sering gatal dan kemerahan. Saya pernah merasa kan senggugut tetapi tidak keluar haid. Bagaimana itu doktor? Saya tidak pernah mengambil ubat terlarang atau sebagainya. Sila terangkan sebabnya dan cara mengubati nya doktor. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman,terdapat banyak penyebab masalah haid lewat atau haid tidak teratur yang mungkin menyebabkan anda masih tidak datang haid sejak 3 bulan lalu. Antara penyebab masalah kitaran haid tidak teratur adalah:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
- haid lewat akibat kehamilan
Maklumat lanjut diperlukan untuk mengetahui punca masalah haid anda . Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























