
Sulit
4 tahun
Tidak datang haid . Dari 25/2/2021 sehingga sekarang saya masih tidak period
Saya wanita 20 an . Saya baru berkahwin ,29.01.2021 . Saya last period 25/2/21 sehingga sekarang saya tidak DTG bulan . Saya ada juga membuat upt di rumah . Samar ii . Tidak terang , adakah saya hamil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, haid lewat dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon -dipengaruhi pelbagai faktor seperti stress
- gaya hidup yang terlalu aktif
- berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jika anda mengesyaki tentang kehamilan, anda disyorkan untuk melakukan ujian kencing kehamilan. Anda juga boleh mendapatkan ujian susulan di mana-mana klinik bagi mendapatkan kepastian daripada doktor.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!