
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid lebih dari sebulan lebih
Last saya bersetubuh adalah 4 bulan lepas dan kemudian saya sudah haid sebanyak 2 kali selepas itu. Kemudian dari bulan lepas haid saya tidak datang . Ada kemungkinan untuk hamil ke doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid yang lewat. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Policystic ovary syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan hormon
- Kehamilan
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran haid boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Sebagai pengetahuan, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut :
- Haid tidak datang
- Rasa loya dan muntah
- Perubahan payudara dan puting
- Pendarahan spotting (implantasi)
- Kekejangan otot perut seperti sengugut
- Perut buncit
Saya harap jawapan diatas memuaskan dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar sakit puan kami, anda boleh berhubung dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan