
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid pada bulan lepas dan hari ini mengalami sakit di bawah perut
Saya berumur 15 tahun dan ingin mendapat jawapan daripada doc. Bahawa mengapa saya tidak haid pada bulan lepas ? Saya juga sekarang mengalami sakit di bawah perut. Adakah ini ada kena mengena dengan rutin waktu tidur saya ? Kerana semenjak ini saya tidur pada pukul 3 pagi dan ke atas. Saya juga risau sekiranya saya mempunyai penyakit lain yang serius.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Masalah pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Penggunan ubat-ubatan tertentu
- Policystic ovarian syndrome (PCOS)
Untuk masalah sakit di bawah perut, ia boleh merupakan gejala sampingan daripada sebab-sebab yang telah saya nyatakan di atas.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.