
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid pada tempoh yang lama
Saya wanita berumur 29 tahun, sudah mempunyai seorang anak sekarang berumur 2tahun 3 bulan bersalin secara czer dan masih menyusu badan tetapi tidak kerap seperti sebelum ini. Sekarang hanya 1 atau 2x shj anak saya menyusu. Masalah saya, saya tidak datang haid sejak umurnya 6 bulan seingat saya sehingga sekarang. Jika dikira sudah 1 tahun 9 bulan. Solan saya adakah ia normal? Atau saya perlu dapatkan rawatan? Bagaimana jika saya mahu merancang kehamilan seterusnya selepas umurnya 3 tahun?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah tidak datang haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Masalah ovulasi
- Obesiti
- Fibroid dan polip
- Gangguan pendarahan
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Anda juga boleh berunding dengan doktor tentang merancang kehamilan anda seterusnya. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan