
Anonymous
5 tahun
Tidak datang haid sebulan
Saya berumur 16 tahun dan baru didatangi haid pada awal tahun. Pada mulanya haid saya datang seperti biasa, tetapi pada pertengahan bulan haid saya skip dan tak teratur. Apakah punca nya doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Hamil
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Namun kitaran haid bagi setiap bulan adalah berbeza. Mungkin haid puan pada bulan ini terlewat sedikit. saya sarankan untuk puan membuat ujian UPT untuk mengesahkan kehamilan.
Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.