
Sulit
4 tahun
Tidak datang haid selama 2 bulan, adakah saya mengandung?
Saya wanita 25 tahun, saya last bersentubuh pada 11 november 2020, lepastu saya haid di bulan
15 november dan 15 disember, lepastu sampai skrg di bulan February saya tidak datang haid, adakah saya mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Mengenai kenyataan anda, di ruangan soalan, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Jangkitan kelamin
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan pil perancang
- Berat badan: berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid
- Tekanan emosi atau stres
- Jadual aktiviti yang terlalu padat
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai situasi anda. Sekiranya anda mengesyaki anda hamil, kami sarankan anda untuk membuat ujian kehamilan. Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dapat diberikan sekiranya perlu.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.